Taman Indera Petra ini adalah sebuah taman riadah keluarga yang lama, ia wujud sebelum adanya Kota Darulnaim-Komplex Pengtadbiran Kerajaan Negeri Kelantan, dan Pejabat Menteri Besar Kelantan. Anggaran keluasan Taman Indera Petra ini dahulunya adalah 25.5 ekar, pada tahun 1970an dan pada 1982 Kerajaan Negeri mengambil sebahagian untuk pembinaan Komplex Kota Darulnaim. Dan kini tinggal hanyalah 2 ekar 60depa, untuk dijadikan taman riadah bagi penduduk Kota Bharu.
Pada tahun 2002, syarikat Inai Venture Holding Sdn Bhd, telah menjadi konsise untuk pembangunan serta memajukan Taman Indera Petra ini, Dan pada masa itu ujudlah Taman Air Splash, sebagai pelengkap di taman Indera Petra. 2004 maka siaplah pengubasuaian serta pembinaan Taman Air Splash, dan ia di buka untuk kali pertama kepada seluruh warga Kota Bharu.
Dimana kan terletak Taman Indera Petra juga Taman Air Splash ini ? Ia bersebelahan sahaja dengan Kota Darulnaim-Komplex Kerajaan Negeri Kelatan, di Jalan Kuala Krai dan berhadapan dengan TIJANI RAJA DEWA.
Apa yang terdapat didalam Taman Indera Petra ?
1. Terdapat Gerai-gerai Makan di sekitar Taman Indera Petra dan di bahagian luar Taman Air Splash.
2. Terdapat Taman Mini Permainan untuk Kanak-kanak
3. Terdapat Supa Duppa untuk Kanak-kanak
4. Terdapat Restoran Abe Nasi Ulam - (11.00 pagi - 4.00 ptg)
5. Terdapat Surau lelaki & wanita
6. Terdapat Pentas terbuka di tengah-tengah Taman dan di atas Kolam
7. Terdapat Taman Air Splash
Taman Air Splash.
Taman Air Splash, ini adalah taman air pertama di Kota Bharu, dan bagi negeri Kelantan. Walaupun ia tidak besar seperti lain-lain Taman Tema Air yang lain. Namun ia berpatuatan serta mampu untuk semua lapisan masuk dan beriadah bersama family yang tercinta lagi tersayang.
Inilah Pintu masuk ke Taman Air Splash.
Senarai Harga Tiket dan waktu operasi Taman Air Splash
Masa dan Waktu Taman Air Splash ini Operasi adalah :
*Sesi Pagi:
10.00 pg - 1.00tgh = Ahad - Sabtu
10.00pg - 12.30tgh = Jumaat (sahaj
**Sesi Petang
2.00ptg - 7.00ptg = Ahad - Sabtu
2.30ptg - 7.00ptg = Jumaat (sahaja)
Dibuka setiap hari 7x sehari - termasuk cuti am dan cuti penggal sekolah.
Kecuali - Cuti Hari Raya Puasa & Hari Raya Qurban (2hari)
Juga di bulan Ramadhan.
Harap kepada semua pengunjung yang hendak datang berkunjung ke taman Air Splash, maklum dengan masa da waktu operasi kami. Dan jika ada sebarang aduan atau cadangan anda boleh email kepada kami, tamanindrapetra@gmail.com . Insyallah kami akan ambil perhatian dan cuba yang terbaik untuk memperbaikkan mutu perkhidmatan juga cadangan anda.
Di dalam Taman Air Splash, terdapat 3 buah kolam, kolam yang pertama adalah untuk kanak-kanak yang berumur 2 tahun - 7 tahun, dengan kedalam kolam 2 kaki sahaja.
Kolam kedua dan ketiga adalah kolam untuk mereka berumur 8 tahun - 16 tahun dengan kedalamnya 3.5 kaki.
Selain kolam mandi terdapat juga lain-lain kemudahan untuk pengunjung yang berkunjung seperti, bilik mandi dan persalinan, kerusi meja dan lain-lain.
Dan juga tempat untuk majlis, BBQ atau Harijadi untuk 30 orang hingga 50 orang, dengan tempahan di sediakan. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan tempahan majlis ini anda boleh hubungi pihak pengurusan di talian ; 09-7488 322 (Ahad-Khamis / kecuali Jumaat, Sabtu dan cuti pada cuti am)